"Aku dah lama makan garam dari hang!"
Ayat di atas ini menunjukkan bahawa orang itu telah lama makan garam. Jadi rasa masin dan hidup sudah sebati. Teatapi apabila diterjemahkan ke bahasa yang lebih unggul, ia akan maksud lebih kurang begini:
"Aku ada lebih banyak pengalaman dari hang, jadi aku lebih tahu!"
Terdapat dua pendapat mengenai perkara ini; ada yang
(i) menyokong dan ada beberapa yang (ii) membantah dengan peribahasa ini.
(i) "Tanpa yang dahulu, tiada yang baru." Itulah alasan yang diberikan oleh mereka yang merasakan bahawa mereka lebih berpengetahuan dari yang lain dan tahu selok belok sesuatu hal. Pada pendapat mereka, orang yang lebih muda tidak dibenarkan berasa dirinya pandai kerana mereka belum tahu makna kehidupan secara terperinci dibandingkan dengan pengalaman hidup seorang yang lebih tua.
Contohnya: Orang yang lebih tua dapat mempamerkan kesabaran dan pemahaman kewangan dan hutang yang lebih baik.
(ii) Tidak semestinya orang yang lebih tua tahu segala benda di dunia.
Contoh: Dalam penggunaan teknologi, kadang kala kita harus mengajar ibu bapa kita cara-cara menggunakan telefon bimbit atau fungsi yang terdapat di dalamnya.
Ada sebahagian juga yang kata begini- Mereka kata mulut anak zaman sekarang 'mulut longkang', tapi dari mana datang perkataan itu? Siapa yang menggunakannya dahulu? Sudah tentu mereka yang makan garam dahulu.
Jadi, apakah pandangan anda mengenai peribahasa ini? Adakah anda bersetuju dengannya atau tidak?
nice
ReplyDeletesiapa mkn garam dulu merujuk kpd adab, bukn pnglmn mhupn umur, ap yg diterangkn juga benar. cuma lebih dalam lagi mksd yg trsirat.
ReplyDelete